Kata Hikmah

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib

Monday, August 11, 2008

IBRAHIM ADHAM & ABU ISHAK

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.

Tuesday, August 5, 2008

Cara Membersihkan Diri Dari Sifat Tercela

1) Hasad
2) Takbur
3) Ujub
4) Riya'
5) Bakhil dan cinta kekayaan
6) Mencintai Kemasyhuran
7) Marah
8) Mengumpat
9) Mengadu domba
10) Berdusta
11) Banyak bercakap yang tidak berfaedah

Syair Rabi'ah Adawiyah

Aku cinta padaMu, dengan 2 macam cinta
Cinta rindu, dan cinta kerana Engkau berhak menerima cintaku.
Adapun cinta kerana Engkau

Hanya Engkau yang aku kenang
Tiada yang lain.
Adapun cinta, kerana Engkau berhak menerimanya.
Agar Engkau buka bagiku hijab.

Supaya aku dapat melihat Engkau
Pujian atas 2 perkara itu
Adalah bagiMu sendiri.

Ku jadikan Engkau teman bercakap dalam hatiku
Tubuh kasarku biar bercakap dengan yang duduk
Jisimku biar bercengkarama dengan taulanku
Isi hatiku, hanyalah tetap Engkau sendiri.

Saturday, August 2, 2008

Duduk Iftirash Mempunyai Kebaikan Dari Segi Kesihatan

Adakah kita tahu kebaikan duduk iftirash mempunyai banyak kebaikan? Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikan duduk iftirash dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah refleksologi di bawah, bila kita duduk iftirash, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah dan tengah kaki. Duduk iftirash ini memberi 'tekanan refleksologi' yang menyeluruh.

Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan refleksologi' untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian otak, leher, kerongkong, jantung, 'voice sinus', 'pituitary glands' , etc. seperti yang ditunjuk di dalam gambarajah). Ini merugikan!!Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya: 'Aku melihat Nabi Muhammad SAW.. Apabila Baginda SAW duduk pada rakaat yang kedua (untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash).' Hadith shohih riwayat Bukhari.






Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul SAW dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul SAW adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya.