Mari kita kongsi ilmu bersama.
Hari ni saya nak bincangkan mengenai isu-isu yang menarik iaitu perbuatan iblis.
Kerja iblis adalah untuk merosakkan anak adam (kita la). Memang sejak adam diciptakan, iblis bertekad untuk membalas dendam.
Cuba lihat di bawah kerja iblis. Gambar ini menunjukkan, iblis tidak akan berputus asa dalam mengacau kita. Bila kita baca doa, pasti ada benda yang bermain-main dalam otak kita.

Tapi kalau kita sembahyang betul-betul, iblis tak dapat ganggu kita, malah dia pergi meninggalkan kita begitu saja. Semoga kita dapat sembahyang dengan khusyuk.
Cuba lihat gambar di bawah ini

Tapi, ada segelintir masyarakat, bilamana azan subuh berkumandang " hayya a'lassolahhh", Tau tak apa mereka jawab "hayya alannaummmmmm". inilah masyarakat kita. Cuba teliti perbuatan iblis dalam gambar tersebut :


Santapan Rohani
Daripada Abu Hurairah, berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila kamu sekalian mendengar iqamah, maka pergilah solat dan hendaklah kamu tenang dan tenteram, jangan kamu tergesa-gesa. Jika kamu dapati (imam telah solat), maka solatlah (mengikutinya); sedang jika kamu tertinggal, maka sempurnakanlah (rakaat yang tertinggal).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, tetapi lafaz hadis ini ada pada Bukhari.

No comments:
Post a Comment